mungkin ya ! mungkin juga TIDAK !
bila setiap kali ingin ketawa ,
masa tu la datangnya perasaan sedih .
ya ! sedih , sakit , terkilan !
apa yang mampu aku lakukan ?
hanya tertunduk diam seperti orang yang LUMPUH !
nak ditegur takot terasa hati , nak diluah takot tesalah cakap ,
dan akhirnya hanya menyimpan perasaan sendiri .
ya ! penat sangat dah nak paham hati orang .
penat sangat dah nak pujok hati sendiri .
tapi , ni lah akibatnya .
menanggung seorang diri .
di saat hati ni perlukan teman ,
kau hilang entah ke mana ,
nak ditanya takot tak berjawab ,
nak ditegur takot tersalah paham ,
dan akhirnya hanya membiarkan ,
lalu berkata dalam diri ,
'takpe , biarkan dia . dia sibok mungkin' .
YA ! terus menjaga hati sendiri .
mungkin itu lebih baik .
tapi , tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir .
gembira datang sekejap ,
sedih pula datang mengganti ,
puas aku cuba sedaya yang ada ,
tapi ternyata aku seorang wanita yang lemah .
kata hati mahu membawa hati pergi jauh dari semua ini ,
lalu ku ambil keputusan untuk berhenti disini .
aku pun taktau apa yang aku carutkan ini .
hanya cuba membuat lawak untuk menggembirakan hati sendiri .
YES ! masih mencuba dan terus MENCUBA :)


