WEDDING

Salam ,
seperti gambar gambar yang baru aku masokkan dekat fb , semuanya berbaju kurung kan ? so , aku akan pakai baju kurung bila hadir majlis majlis macam tu . yes yes ! aku sangat susah nak pakai baju kurung . aish ~
tapi takesa la semua tu kan ? dan langsai pun . kedua mempelai pun semakin dibuai angan dengan PENGANTIN BARU .
wah wah , bukan main lagi ye ? HAHA . btw , congrats la eh ? ha , entry ni pun di suggestkan oleh si pengantin lelaki . tak pasal pasal je kantoi semua cerita dalam blog . aisehmann . tapi takpe , di sebabkan aku ni cousin yang bertimbang rasa , jadi aku pun memulakan hujah yang sedari tadi aku pun taktau apa aku taip . *BACA JE LA AIHH

19 FEBRUARI 2011 ,

sepasang mempelai telah di ijabqabul . walaupun agak lambat pengantin lelaki sampai , namun kami yang menunggu masih lagi bersabar . katanya majlis akan berlangsung selepas isyak . wah , kami yang menjadi tetamu semakin tidak sabar la kan ? apa lagi si pasangan pengantin . disebabkan beberapa faktor yang tak dapat diselamatkan , majlis berlangsung SEDIKIT lewat pada malam tersebut . hal ini juga mengakibatkan pengantin perempuan menunggu dengan rasa hati yang tidak senang duduk . *DUP DAP DUP DAP . HAHA


sesampainya rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan , tetamu yang diundang semua dijemput masuk ke dalam rumah untuk menyaksikan sesi ijab qabul tersebut . dalam kesesakan rumaah yang ramai sangat tetamu , aku terpaksa meloboskan diri keluar dari rumah tersebut dan menyaksikan dari sisi rumah . setelah semuanya berlangsung , kini tibalah masa untuk saat saat yang tak dapat dilupakan . HAHA . di mana pada satu detik , imam meminta kepada pengantin lelaki tentang duit MAS KAHWIN .
aish , sudah tentu la pengantin lelaki tengan cuak gila time tu en ? dia pun tanya la dekat family dia mana mas kahwin . lastly , duit mas kahwin tu keluarlah dari wallet mak si pengantin lelaki . aku macam pelik tau ? bukan ke selalunya mas kahwin tu dia hias hias . tapi kali ni aku tengok berlainan gila . aku pun simpan hasrat ingain tahu tu dulu lalu terus sambung menyaksikan majlis tersebut .



setelah selesai ijab qabul , para tetamu di jemput makan dan kemudian pengantin menjalani sesi begambar . wah , ramai yang mengENTERFRAME . tapi tidak aku pada ketika itu kerana terlalu asyik memenuhkan perut . KAHKAH . hampir pukol 1 pagi baru langsai majlis pada malam pernikahan itu . kini , pengantin perempuan semakin berdebar menanti saat saat yang bakal menjelang esok . wuu

20 FEBRUARI 2011 ,

pagi yang indah harus dimulakan dengan bismillah . saat saat yang dinantikan oleh pasangan pengantin semakin dekat . sudah pasti debaran yang dirasakan semakin kencang . tetapi , semua tu tak perlu ditunjukkan kepada orang ramai . tak gitu CIK MOON ? dianggarkan pukol 2 akan berlangsung majlis perkahwinan tersebut . disebabkan faktor yang tak dapat di elakkan lagi , majlis tertunda pada pukol 3 petang . saat itu , matahari sangat menyakitkan mata . kepala kepala yang botak lagi menambah silauan yang terpancar ke mata aku . HAHA . namun , upacara tersebut berjalan dengan lancar dan sangat meriah . *walaupun lambat !
ketika berarak , pasangan pengantin diiringi dengan kumpulan BARONGAN . tau tak apa tu barongan ? kalau taktau , aku pun susah nak explainkan . tengok gamba je la nanti . ha , sangat meriah saat itu . pasangan pengantin sudah tentu la gembira dan tersenyum bahagia . sesudah berpanas di terik matahari memuncak di atas kepala yang berambut serta bertudong , sape takde rambut pegi minum nescafe bagi HALUSSSS macam HARITH ISKANDAR tu . HAHA . kini tiba la sesi kutip duit tol . HAHA . seperti biasa , sudah tentu la pengantin lelaki yang kena bayar tol . HAHA . aku yang menyelit dapat jugak la . *walaupun seringgit . HAHA

setelah selesai sesi kutip duit tol , barulah pengantin lelaki di benarkan masok ke dalam rumah dan bersanding la mereka dekat sana . sesi merenjis juga selamat dijalankan . aku tkde masa tu sebab pegi memenuhkan lagi perut aku tu . HAHA . eh eh , para tetamu yang hadir jugak tidak kurang hebatnya . haa . aku pun dah nak siap nak pegi kerja ni , cukop la sampai sini je ye ENCIK SYAFIQ ? terima kasih jugak kerana menerjah blog ni . HAHA

ni la kumpulan BARONGAN yang dinyatakan tadi . mereka ni popular dekat muar ni :)

okay , lastly kepada pasangan pengantin ;
SEMOGA PENIKAHAN KALIAN DIBERKATI ALLAH DAN BERKEKALAN HENDAKNYA . amin :)

sekian ,
amalinamihat <3>


Thank you for reading BABE :D