Mok , Si kawan lama :)

Salam ,

Hari tu dah keluar dengan dia . Tapi tak lama mana la sebab tekejar kejar nak pegi amek adik aku . Tambah pulak hari jumaat . Budak sekolah balik cepat . Pegi jalan jalan dekat terminal dengan Seremban Parade . Takde la tempat lain nak pegi agaknya . HAHA

Tapi tapi , semalam keluar lagi dengan dia . Dia la ajak teman dia beli barang and teman dia settlekan semua untuk dia masuk UiTM , Kuala Pilah . Hihi . Pilah tu 'SANGAT LA MENARIK' . Hihi . Tak gitu mok ? Kali ni kitorang pergi Jusco pulak . Tapi ada jugak menyinggah dekat Seremban Parade dimana pernah menjadi rumah kedua kami suatu ketika dahulu . Haha *Kemain dahulu lagi la kan ? :D

Lepas je beli barang semua , ingat nak pegi tengok wayang , tapi tak jadi la . Sebab kitorang nak pegi amek gambar . Haha . Mana lagi la yang dekat kalau tak dekat City Park , Seremban 2 tu . Haha . Beli makanan ikan tu . Banyak ! 5 plastik . Ish ishh

Jalan jalan jalan . Makan Big Apple . Jalan lagi . Then lepak dekat jambatan tu bagi ikan makan . Ramai je budak kecik yang comel dekat situ . Ishh . Geram aku . Nak je dukung diorang . Haha . Lepas tu sambung jalan lagi . Amek gamba semua . Hihi

Eh eh , yang penting ! Mok kan , dia nak pakai selendang bagai semua . Lepas tu suruh aku pakaikan . Tapi , cara yang dia nak aku pakaikan tu , aku taktau . Haha . Lastly , jadi tak berapa nak jadi la kot . Tapi mok cute :D


Tengok tu , Comel kan dia pakai macam ni ? :)


See , comel lagi sekali . hee


Dia yang drive kereta . Sebelah dia pun cute jugak :)

Wah , nampak tak ? Comelkannn ?

Sudah sudah . Cukuplah tu . Jangan puji lebih lebih . Haha :D

your old friends ,
Amalina Mihat .

Thank you for reading BABE :D