
Hati dan perasaan bukan bole dipaksa,
Ia datang dengan sendirinya,
Tapi kalau sekali hati dah terjatuh,
Sangat payah bg seorang perempuan .
Kenapa melayan kalau tak mampu ,
Kenapa memberi harapan kalau tau menyakitkan.
Hati cuba menerima kehadiran insan yang lain ,
Tapi sering kali disakitkan,
Terkadang ku terfikir,
Kenapa menyintai kalau tau semua itu risiko ?
Kenapa menyayangi kalau semua belum tentu jadi kenyataan .
Semua adalah sekadar luahan hati .
Bukan untuk meminta simpati.
Ini kisah kita,
Kisah kau dan aku .
Cukop kalau kau tahu
Setiap tentang mu menjadikan hari ku bertambah ceria
Teman teman ku dapat lihat perbezaan ku ,
Dan terkadang aku cuba sembunyikan kesedihan ,
Dari raut wajahku juga dapat mereka selami hati ku,
Ingiku luahkan tapi tak berdaya,
Inginku ceritakan tapi tak kesampaian .
Dan akhirnya hanya dalam hati yang mampu ku tulis,
Ini bukan kisah sedih
Ini bukan kisah sadis
Anggap ini adalah satu luahan hati yang kecewa.
Aku tahu kita tidak ada apa apa.
Aku tahu aku bukan siapa siapa
Tapi hati ini telah jatuh
Jatuh dengan kehadiran mu disisi
Yang menjaga ku
Yang mengambil peduli tetang ku
Aku terharu
Aku teruja
Dengan kehadiranmu ,
Hilang segala sepi di hati
Jujur ku akui
Hatiku bagai telah dimiliki
Tapi aku tidak tahu perasaanmu
Andai hatimu dan hatiku bersatu,
Aku bersyukur
Bersyukur kerana hadirnya insan yang membahagiakan.
Tentang sejarah silam
Usahlah kita hiraukan
Kerana semua itu adalah sejarah masing masing
Sejarahmu sejarahku
Memang jauh berbeza
Tapi cukoplah kalau kita mencuba sedaya kita untuk menumpuhinya
Hidup yang baru
Hanya kau dan aku
Dan kita adalah satu.
Insyallah , amin .
Lots of Love ,
Amalina Mihat :)


