Our memory is our sweetest moment

Assalamualaikum ,

 

Hari demi hari berusaha untuk melupakan , walaupun payah namun harus diusahakan untuk lupa segalanya . Perit pedih sakit semua tu hati yang merasainya . Diri perlu dikuatkan untuk menempuh segala ujian ini . Ye , syukur kerana Allah menguji aku . Itu kerana Allah sayang aku . Aku tau aku kuat . Aku tau aku hebat ! Bukan riak , tapi memberi keyakinan pada diri sendiri . Segala yang terjadi telah pun ditulis . Redha dengan apa yang terjadi dan satu hari nanti pasti ianya mendapat ganjaran yang hebat ! Insyallah .

Niat dihati cuma ingin meluahkan . Melepaskan segala rasa yang terpendam didalam hati . Mungkin cukup dengan cara ini aku luahkan . Sama ada tak suka atau tak minat , itu terpulang . Ini kisah aku cerita aku . Tak perlu orang lain masuk campur . Diharap mengerti , terima kasih .

Bangun pagi dengan penuh yakin dalam diri untuk tidak memikirkan pasal benda yang telah terjadi . Dan ianya berlaku setiap hari untuk aku selepas bangun dari tido . Namun hari ni , terus online dan tengok dekat news feed . And yeah ! It's you .

Hati memberontak untuk menahan , tapi ianya gugur tanpa disedari . Itu kenangan kita . Kenangan yang sangat bermakna . Setiap apa yang kita lakukan bila kita bersama , aku tak lupa . Kita jalan jalan beli baju , tengok kedai jam , makan subway , makan Auw (A&W) , makan McDuck , makan Ice cream mcduck dekat Gurney tu , kita naik bas , lepak tepi laut , lintas jalan . Dan bila kali kedua kita keluar , Gurney menjadi tempat pilihan . Ye , kali kedua tu buat kita semakin rapat . Lintas ke Gurney dan lepas Gurney kita pegi Queensbay . Beli baju awak lagi . And dekat TM tu . Hmmmm . Semua masih tersimpan baik dalam kotak ingatan .

Mungkin sudah cukup . Tapi , Kenangan kita adalah kenangan yang terindah kerana awak didalamnya . Walaupun saya menyepi , ini untuk kebaikan kita bersama . Dan pengorbanan kita untuk orang lain . Saya redha dengan semua ni . Saya harap awak gembira dan jaga diri awak baik baik . Saya tak dapat nak nasihat awak banyak kali lagi dah .

Lots of love , 
Amalina Mihat :)

Thank you for reading BABE :D