Tanda tanya menjadi tanda seru !

Assalamualaikum ,

Setiap hari ingin bermula dan mengharapkan semuanya berjalan lancar . Walaupun diri sendiri tahu akan ada satu dua tiga perkara yang yang menjadikan sesuatu hari sebagai jalan yang berliku . Setiap manusia perlu melaluinya walau sepahit apa sekali pun . Tunjuk diri tu kuat , jangan pernah tampil lemah untuk tatapan orang sekeliling .

Baiklah , sebelum ni banya sangat perkara yang menjadi tanda tanya di hati dan minda . Ianya terasa begitu sukar walaupun pada hakikatnya ia tidak la seperti yang di sangkakan . Perjalan hidup bermula dan ianya tidak akan sah tanpa adanya liku liku yang perlu kita hadapi .

Setelah selesainya hari kelmarin atau sebenarnya adalah pada hari ini , segala jawapan telah di ungkai dengan cara yang baik . Masing masing jujur antara satu sama lain . Walaupun pada hakikat ianya amat perit untuk dirasai , tetapi ku tabahkan hati untuk menerima segala suratannya . Ku tahu ini adalah langkah permulaan untuk sesuatu yang ajaib suatu masa nanti . Aku percaya dan aku redha segala apa yang berlaku kini .

Tak mudah untuk kita dapatkan kebahagiaan dalam hidup kita . Tapi bila perasaan kasih dan sayang perlu dan terpaksa untuk dibuang , maka ianya terasa perit . Aku percaya itu ! Ye , semuanya disebabkan segelintir pihak . Bukan menyalahkan dia . Tapi serba sedikit ada juga datangnya salah tu dari diri sendiri . Sesungguhnya , aku hanyalah seorang insan yang lemah .

Tipu kalau ada yang kata mereka tidak memerlukan kasih dan sayang dari seseorang . Itu pasti ! Kerana setiap manusia ingin diri mereka disayangi , dikasihi , dibelai dimanja dan pelbagai lagi rasa yang ada dalam diri . Dengan segala apa yang terjadi , percayalah bahawa ada sesuatu yang menanti pada masa akan datang . Jangan pernah menyerah kerana Allah tidak suka hambanya yang mudah berputus asa .

Andai terjatuh , segeralah bangkit untuk diri sendiri . Jangan biarkan diri terus terduduk dan selamanya terduduk . Bangkitlah , tanam pada diri dan buktikan pada semua bahawa SEGALANYA PASTI !


p/s : I'll be alright . Don't you worry about me and i'm trying and keep trying to throw away all my feelings towards you . Even its really hurts me . And i'm doing for others happiness sebab 'BESAR GANJARAN ORANG YANG TERSEKSA KERANA KEBAHAGIAAN ORANG LAIN' .

Lots of Love , 
Amalina Mihat :)

Thank you for reading BABE :D