Saya Mimpi Awak .

Assalamualaikum ,


Malam yang indah disinari lampu lampu dan cahaya bulan . Sekali lagi munculnya seseorang didalam tidurku . Kehadirannya sudah lama kunantikan . Segala tingkah lakunya , gelak tawanya , celotehnya dan semua tentangnya aku rindukan . Puas aku pujuk membawa hati ini pergi jauh darimu . Telah puas ku cuba untuk berlalu pergi dari hidupmu . Aku tau aku bole . Aku pasti aku mampu . Namun , kerinduan yang terpendan hanya Allah yang tahu .

Dikala aku bersendirian , kenangan bersamamu yang menemani aku . Perkenalan yang lama memberi pelbagai kenangan bersama . Dan segalanya masih segar di dalam kotak ingatan aku . Tak mudah bagi aku untuk melupakan segalanya . Tetapi akan ku cuba untuk kurang mengingatinya . Terkadang aku merinduimu , izinkan aku mengingatinya kembali .

Aku bersyukur atas semua yang terjadi , aku bersyukur aku yang terpilih . Dan terima kasih kerana serba sedikit membantu aku menjarakkan diri darimu . Sekali lagi terima kasih kuucapkan . Tidak mampu kuluahkan segalanya . Biarlah Allah mendengar segala rintih hatiku . Kerana untuk aku sendiri meluahkan segalanya juga aku tidak tahu bagaimana caranya dan apa yang aku perlu luahkan .

Jagalah dirimu sebaik mungkin . Semoga kau berbahagia dan berjaya di dunia dan akhirat . Aku harap kau mendengar dan kita berjumpa dalam doa kita bersama . Sekian -

Lots of Love , 
Amalina Mihat .

Thank you for reading BABE :D