Kini masing masing sedang bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan final . Termasuk la kami yang berada di UiTM ni . Tetapi dalam masa yang sepatutnya perlu diutamakan ialah peperiksaan ini , namun hati , perasaan dan fikiran tak terlepas dari mengingati perkara yang sama seperti sebelum ini .
Sungguh aku serabut . Sungguh aku kecewa dengan diri aku sendiri . Aku berharap agar aku dapat menangani masalah diri aku ini .
Mata aku tak lepas dari memerhatikannya walaupun hanya dari jauh . Terkadang aku terasa ingin menyapa dan berlagak seolah tiada apa yang berlaku , tetapi hati ini terlalu berat . Sungguh aku rindu segala cerita yang kami kongsi bersama . Sungguh aku malu untuk berhadapan dengannya .
Payah bagi aku untuk memujuk hati agar tidak memerhatikannya , tetapi apakan dayaku dirinya selalu wujud dihadapan mataku . Walaupun ketika menjawab kertas soalan , aku asyik memerhatikan dirinya . Terkadang diri terasa sungguh bodoh kerana masih lagi menginginkannya . Telah ku cuba . Telah ku lakukan . Namun bayang wajahnya payah untuk aku lupakan .
Dan sedang ketika tibanya waktu peperiksaan sudah ingin bermula , aku mencari dimana kelibatnya . Hatiku risau akan dirinya . Adakah apa apa yang berlaku terhadap dirinya ? Tetapi , lama kemudian mataku tertancap akan kelibat dirinya . Didalam hati aku bersyukur kerana semuanya baik baik sahaja .
Dan apabila setiap kali aku dan dirinya didalam satu tempat yang sama , aku akan tetap memerhatikan dirinya yang berada didepanku secara sembunyi . Walaupun aku tidak dapat melihat raut wajahnya yang dulunya selalu ku tatapi , namun kini dengan hanya melihat dari belakangnya sudah cukup memadai bagiku . Dalam mata memerhatikannya , hati berkata pelbagai rasa . Tapi itu semua biarlah Allah saja yang tahu .
Lots of Love ,
AMalina Mihat
* maaf seandainya ayat dan turutan cerita yang tunggang langgang .


