Duhai Sahabat ,

Assalamualaikum,


Duhai Sahabat,
Pertama tama sekali ingin aku menyusun jari tanda kemaafan . Seandainya saja aku bisa memutarkan masa , pasti aku akan kembalikan waktu dimana kita berdua sedang asyik bergosip dan bersharing itu ini bersama . Dulu kita punya barang kebanyakkanya sama . Apa kau beli itu aku nak jugak . Apa aku beli itu jugak pilihan kau . Yeah , 10 years ago . Such a long time ago . And banyak benda dah kita hadapi . Rahsia kau rahsia aku . Cerita kau cerita aku . Kita suka bila digelar "kembar" .

Kau aku kita bagai satu . Dimana adanya kau , pasti adanya aku . Tanpa kau pasti tiada aku . Ribuan terima kasih ingin aku ucapkan dekat kau kerana niat kau yg baik atas tujuan membahagiakan aku . Tak perlu macam tu . Seeloknya kau berlaku jujur . Itu lebih baik .

Dah takdir kita bertemu , pasti kita saling mengenal . Sehingga kini , kau antara kawan yang paling rapat dgn aku di awal zaman sekolah . Tipu menipu penipu dan tertipu oleh kita berdua untuk kebahagiaan bersama . Tapi disebabkan salah faham , segalanya punah ranah . Masing masing bawa haluan masing masing . Kau diselekoh yang lain dan aku pula diselekoh yang lainnya .

Banyak ingin aku berkongsi . Banyak ingin aku luahkan . Cuma aku taktau macam mana caranya . Dan ini jugak gaya aku . Penuh dengan Ego . Malu untuk mengaku . Maafkan aku . Banyak kekurangan aku dan aku bukan yang "Amazing" kau cakapkan . Ye bukan . Sebab aku adalah aku . Hanya seorang hamba Allah yang penuh kekurangan diri .

Masa demi masa , usia juga makin meningkat . Cukup rasanya kita bermasam muka . Macam macam kita harungi bersama , dan kerana pemikiran yang belum matang semua porak peranda . Sekali lagi kata maaf dari aku . Maaf .

Kau punya hidup yang baru tanpa aku . Dan aku juga punya hidup yang baru tanpa kau . Selama 10 tahun , mustahil kita takde kenal kawan kawan yang lain . Tambah pula masing masing dah masuk ke alam kolej semua . Pelbagai ragam , pelbagai gaya orang yang kita kenal . Tapi kawan zaman kecik jugak akan menghiburkan hati .

Aku tahu kau punya kawan yang sangat memahami . Kebahagiaan kau sangat teserlah . Lalu aku biarkan hidup kau tanpa aku . Kau punya kawan , kau ada dia . Baguslah . Tetapi aku disini cuma mahu memperbetulkan hubungan kita yang retak dan hancur . Aku harap kita masih kawan dan akan terus berkawan . Maaf sekali lagi :)

p/s : Aku rindu nak lepak dgn kau . Tido dgn kau . Borak panjang panjang dgn kau . Buat macam macam dgn kau . *Tetiba aku rasa sedih . Kau jaga diri . Apa apa contact laa aku . AKU RINDU KAU :)

Lots of Love , 
Amalina Mihat .

Thank you for reading BABE :D