13 Februari 2013 maka bertukarlah umur kepada 20 Tahun . Usia meningkat , pemikiran perlu menjadi lebih matang , dan yang pasti , bole fikir pasal Kahwin dah . Yeay me yeayy ! Hahah . Dan pada tarikh tersebut juga telah mencipta satu record baru dan ianya juga mungkin merupakan satu hadiah yang paling bermakna dan mungkin juga satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan .
Pada hari pertama berumur 20 tahun ini , dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa mak dan abah telah mengajakku ke klinik untuk berjumpa doktor . Oleh kerana sakit yang telah lama tersimpan , kini baru jumpa doktor and mintak refer letter untuk check dekat hospital .
Dan ianya bukan sekadar check , malah dimasukkan skop dan kamera dalam badanku . Pada mulanya ia amat menakutkan aku , tapi untuk sembuh maka aku terpaksa . Bertahan dan terus bertahan ketika operasi tersebut berlangsung dan pada ketika itu aku tidak sedarkan diri . Setelah aku mulai sedar , dan aku bersyukur dengan kepanjangan umurku . Alhamdulillah .
Pening pening pening dan masih mengantuk . Semua itu masih lagi aku rasakan . Ubat yang diberikan terpaksa aku makan dan ubat bius yang diberikan juga masih lagi terasa . Dicucuk sana sini , ditelan ubat itu ini . Kini aku rasa keperitan pesakit pesakit yang lain .
Jika dulu keinginan bagi aku untuk menetap di hospital untuk beberapa ketika , dan setelah merasainya , aku harap ini adalah yang terakhir . Cukup aku rasakan pengalaman yang satu ini . Aku harap semuanya akan okay dan semoga aku dan seluruh saudara mara ku dikurniakan kesihatan yang baik . InsyaAllah , Amiin :)
Lots Of Love ,
AM .



