Setelah lama berdiam diri , kini dia kembali menonjolkan diri buat kali keberapa kali yang diri sendiri tidak pasti . Kehadirannya yang pernah suatu ketika dulu dinanti dan dihitung kapan akan tiba masanya untuk dia kembali semula . Namun ternyata . Penantian dan hitungan semata tidak membuahkan hasil walaupun sedikit. Kecewa . Luluh . Perih semua dirasai pada ketika itu . Namun hidup masih lagi perlu diteruskan .
Hari demi hari . Minggu demi minggu . Bulan demi bulan . Seterusnya Tahun demi tahun . Ternyata masih mampu untuk diri ini bertahan sehingga ke tangga ini . Kenangan demi kenangan . Pengalaman demi pengalaman . Bahagia dan derita itu lumrah dalam kehidupan . Ditipu itu juga perkara yang seperti sudah menjadi kebiasaan dalam diri .
Tidak perlu berdendam . Cukup memaafkan kerana setiap insan yang hadir memberi satu pengajaran walaupun bukan banyak . Ianya seperti 'cukup sedikit daripada tiada langsung' . Terima kasih diucapkan : )
Namun yang demikian , Entry kali ini bukanlah sekadar untuk meminta maaf cuma , ianya hanya ingin dikabarkan bahawa penantian yang sekian lama baru berbuah hasilnya . Walau yg demikian , ianya bukan masa yang tepat . Masa yang telah lama disimpan sebagai penantian dinanti dibiarkan terbengkalai .
Terbengkalai tanpa penghuni . Dibiarkan kesunyian dan keseorangan . Dan tetap bersyukur kerana kehidupan tidak dibiarkan terbengkalai juga . Alhamdulillah .
Kini , dia punyai hidup yang baru atau mungkin perlu mencari kehidupan yang baru dan lebih membahagiakan . Itu semua kemungkinan atau sepatutnya . Kisah lama biarkan berlalu . Sejarah pahit manis biarkan ianya tersemadi menjadi sejarah . Sekian ~
Lots of Love ,
AM .


