Merindu ~

Assalamualaikum ,


Hadirnya perasaan yang satu tanpa mengetahui apa ubatnya amat perit untuk hati menahan dan terus menahan . Terkadang hati bertanya kepada otak 'adakah kau disana merasa yang sama seperti apa yang sedang aku rasai?' Dan apabila jawapan yang positif yang diterima maka hati terasa sedikit lega . Tetapi apabila jawapan yang diterima berbaur negatif maka ianya menjadi tidak tentu hala .

Banyak kisah . Banyak cerita . Banyak segalanya . Mungkin tidak semua kau rasai dan ketahui , dan jika seandainya mampu meluahkan segalanya keyakinan yang tinggi bahawa kau juga akan mengerti .

Pada kebiasaannya yang sentiasa bersama . Kemana saja bersama . Melakukan segalanya bersama . Dan pada ketika ini semua itu terhenti buat sementara dalam jangka masa yang lama . Ianya terlalu janggal untuk dirasai . Dan pada setiap kali mengingati saat saat itu , pastinya menjadi sperti tajuk diatas .

Tidak dinafikan ini cuma satu masa yang sementara . Juga sebagai perhentian yang sementara . Namun perlu dikuatkan hati dan diri agar terus berdiri teguh dan penantian yang penuh kesabaran . Iatu adalah sangat menjadi keperluan pada ketika ini .

Dan dengan hadirnya perasaan dan masa yang menjadi perhentian ini , tidak banyak menjadi permintaan . Cuma rasanya cukup sekadar membiarkan untuk merasai bahawa adanya disamping dan mendampingi . Merindui saat saat yang indah bersama dan memori menjadi pengubat .


IMU dan ILU yang seringkali didengari pada setiap penghujung perjumpaan serta lambaian juga sesuatu yang berterbangan juga antara menjadi kerinduan .

Gurauan dan usikan serta kemanjaan dan perbalahan sesama turut dirindui . Pokok pangkal akar segalanya terletak pada satu pangkal perkataan iaitu RINDU ! Harapan disini moga kau disana merasa yang sama seperti apa yang aku rasakan pada ketika ini. Sekian

Lots  of Love , 
AM .  

Thank you for reading BABE :D