Akibat mulut , kawan terasa .

Assalamualaikum ,


Perbincangan dimulakan dengan tajuk yang sedikit di ubah . Dimana pada mulanya pepatah tersebut adalah akibat mulut badan binasa . Tapi kini diri ditukarkan pepatah tersebut dengan Akibat Mulut , Kawan Terasa . Bukan niat hati memerli disini . Tapi cuba meluahkan rasa hati .

Tiada niat untuk terasa hati terlalu lama . Tiada niat untuk memerli dengan cara begitu . Cuma sedikit rasa cemburu bila tengok kawan yang ingin diajak lepak bersama berseronok itu ini berborak itu ini dengan kawan dia yang lain . Itu jujur !

Maafkan aku kerana buat tak endah akan pesanan datangnya dari kau . Tapi aku perlukan masa untuk pulih . Dengan hati yang tak menentu . Dengan rasa hati yang semakin menjauh , aku rasa aku perlukan masa . Tapi mungkin cara aku yang salah dan aku juga yang tersilap langkah . Mungkin terlalu cepat untuk terasa hati . Mungkin ? Tapi itu sebenarnya diri aku . Tak bole dinafikan lagi . Maaf sekali lagi kerana wujudnya kawan seperti aku dalam hidup kau , sahabat .

Niat hati hanya ingin kau tahu yang aku sedikit cemburu melihat kau begitu . Tapi selepas lihat apa yang kau balas , ianya terasa sepertiiiiiii ........... Hanya Allah yang mengetahui . Mungkin tiada apa lagi yang aku perlu cerita . Tapi tolong , letaklah diri kau di tempat aku bila kau baca apa yang kau taip untuk aku tersebut . pasti kau rasa apa yang aku rasai . Takpe la , sekali lagi maaf dipinta dengan kehadiran sahabat sepertiku dalam hidupmu .

Tak terluah semua isi hati disini untuk kali ini . Mungkin mereka seronok begelak ketawa dengan adanya kawan kau seperti aku . Maaf , sahabat .

Lots of Love , 
Amalina Mihat :)

Thank you for reading BABE :D