Perkenalan bermula dari Tingkatan Empat dimana mulanya sesi persekolahan untuk tahun tersebut . Seperti biasa , setiap tahun ada saja pelajar baru yang akan berpindah ke sekolah ku dan masuk kelas dimana nama kelas pada masa itu menjadi kelas Empat Lavender .
Diri sudah mengetahui seorang pelajar baru akan memasuki kelasku pada mulanya pertengahan tahun persekolahan kerana dia merupakan sahabat kepada seorang teman olahragaku . Lalu mata tertancap pada seraut wajah pelajar baru . Dengan niat hati yang nakal ingin mengusik kerana aku tahu nama panggilan dia sewaktu asrama . Itu sangat menyeronokkan bila mengajak kawan yang lain turut memanggilnya dengan nama yang sama . Disebabkan dia pelajar baru , dia masih malu malu sedangkan aku semakin galak mengusik pelajar baru . Itu dunia aku ketika zaman sekolah . Galak mengusik kawan kawan sekeliling :)
Tahun berikutnya masih orang yang sama wujud dalam kelas Lima Lavender . Mereka yang gila mereka yang suka tertawa . Itu dunia kami . Pelbagai karenah antara kami . Tido ketika belajar itu sudah menjadi kebiasaan . Dan yang menjadi tukang kejut mereka adalah aku dengan mengganggu mereka . Sangat nakal . Tapi itu yang menjadi kenangan antara kami . Tahun ni hubungan dengan pelajar baru tersebut semakin rapat dan makin rapat . Hinggalah satu hari kami terbukak cerita yang kami pernah tersimpan rasa hati . Saat tu sangat kelakar . Tapi hanya kawan kerana masing masing telah berpunya :)
Masing masing menuju ke arah jalan hidup masing masing . Namun kami tidak melupakan satu sama lain . Jarang berhubung itu ada kerana masing masing busy hal sendiri . Dengan tugasan tugasan yang ada dan ujian ujian yang akan berlangsung . Dalam masa yang sama dia tetap mencuba nasibnya lagi untuk hatiku . Tapi , aku masih tak pasti .
Sehinggalah satu malam , satu soalan seperti ini di tanya ;
'Sudikah dia menerima aku jadi pelengkap hidup dia?'
Soalan yang sukar untuk dijawab disaat hati terasa pelbagai rasa . Namun hati diyakinkan bahawa perhubungan kami hanyalah sebuah persahabatan . Maaf kerana menolak dan kami masih berkawan seperti biasa :)
Sekian
Lots of Love ,
AMalina Mihat :)



