Sedang asyik tweet itu ini , Fikir itu ini , Update itu ini , semua itu ini dan itu ini yang mungkin pasal benda yang sama . Lama jugak tak tweet dah . Tadi tegerak hati nak tweet . Sekali tweet , kemudian tweet lagi . Bila mula start tweet pasal dia , terus di tweet tak sudah . Namun diri tersedar jangan terlalu asyik . Ingat segala apa yang telah terjadi . Jadikan sebagai pengajaran . Baiklah :)
Sedang asyik jari menekan abjad demi abjad , telinga tertangkap satu bunyi yang datangnya dari telefon kepunyaan sendiri . Hati berkata , 'itu bunyi mesej' , lalu tangan mencapai dan tengok siapakah gerangan pengirim mesej tersebut . Ternyata ianya hanya datang dari Hotlink dan memberitahu terdapat satu misscall yang datangnya dari pemilik nombor yang amat dikenali . Ya sangat dikenali ! Ternyata benar selepas telinga menangkap satu lagi bunyi yang lama tidak didengarinya . Bunyi mesej sekali lagi tapi bunyi mesej yang lain . Dan itu bunyi mesej yang datangnya dari seseorangatau pemilik nombor yang amat dikenali itu .
Air mata mula bergenang . Genangan sedih atau gembira . Itu tak pasti . Atau mungkin keduanya sekali ? Barangkalinya . Saat tangan ingin menekan kekunci untuk membuka , namun mata dan hati terasa takut untuk membaca . Dalam masa yang sama cuba menyedarkan diri adakah dalam lamunan mimpi atau ini realiti . Hati cuba dikuatkan untuk membaca isi kandungan mesej tersebut dan terus dibacanya . Ternyata ! Walaupun kandungan mesej tersebut cuma mengandungi namaku dan sebuah senyuman , namun genangan tadi pecah jua . Apakah ? Mengapakah ? Masih tiada jawapan . Namun hati berkata , 'Finally !' . Tapi untuk apa ? Biarlah hati dan diri yang memahami .
Perbincangan pada mulanya terasa sedikit janggal . Namun harus dipaksa diri untuk berlagak seperti biasa . Ternyata masih mampu berlakon dan akhirnya kembali seperti biasa . Hati terasa tenang , rindu terasa terubat . Dan tadi , mata , jari dan hati dipinjamkan untuk membaca segala ceritanya . Tiada apa yang mampu ku lakukan . Hanyalah menjadi pendengar setia dan menenangkan dirinya . Walaupun kecil , aku harap ianya bermakna .
Mungkin cukup sampai disini saja untuk kisah ini . Jagalah dirimu dan ingat aku sentiasa ada disini untuk mendengar segala luahanmu dan akan menemanimu , insyallah :))
Lots of Love ,
Amalina Mihat :)



