'Bila ku jauh kau mendekati dan bila ku dekat kau mula berlalu pergi'
'Bukan menjauh , tapi hanya menjarak'
'Rindu lepak sekali , gelak gelak . Tadi pun kejap je'
Itu antara kata kata mereka . Perhubungan yang agak lama dan kemudian masing masing mula membawa haluan sendiri . Sehingga satu masa salah seorang daripada mereka kembali mendekati dan mereka kembali rapat semula .
Tapi dalam masa yang sama , salah seorang mereka itu perlu ingat bahawa 'Jangan terlalu meletak harapan yang tinggi' kerana dia tahu bahawa belum pasti apa yang dia nantikan akan menjadi miliknya . Perkenalan antara mereka memberi pelbagai kenangan . Dan jika diingatkan kembali segala kenangan pastinya ia menjadi kenangan yang paling terindah .
Walaupun begitu , salah seorang daripada mereka ada kenalan yang lain . Sudah pastinya untuk mengenali si dia lebih dekat . Salah seorang daripada mereka ini hanya perlu bersabar dan terus bersabar . Biarkan saja perkenalan yg terjadi antara si dia dan salah seorang daripada mereka tersebut . Biarkan lebih baik . Ini adalah kerana salah seorang daripada mereka sedar dan ingin memberi ruang untuk salah seorang daripada mereka tadi berkenalan dengan yang lain .
Lain orang lain gayanya . Lain orang ada baik buruknya yang tersendiri . Tapi apa yang mampu salah seorang daripada mereka itu akan cuba yang terbaik untuk yang satu lagi . Dan terpulang pada yang satu lagi untuk memilih si dia atau salah seorang daripada mereka .
Lots of Love ,
Amalina Mihat .



