Tentang kehidupan .

Assalamualaikum ,

Dalam satu masa , pelbagai perasaan yang datang menerjah ke dalam diri . Tidak kira yang menyedihkan , menggembirakan , menakutkan dan seangkatan dengannya . Itu sudah kebiasaan kepada seorang manusia yang sedang diuji oleh penciptanya .

Kadang kadang kita alpa untuk bersyukur . Dan yang kita nampak hanya mengeluh dan bersedih . Bersabarlah ! Setiap yang berlaku ada seribu sebabnya .


Dikala sendirian , dan saat itulah kita akan sedar siapa diri kita . Dimana letaknya diri kita dalam hidup seseorang . Dan pada saat itu , pelbagai macam yang difikirkan . Baik yang positif mahupun negatif . Percayalah , dan pada ketika itu dia mahu seseorang untuk menemaninya dan berkongsi rasa duka bersama .

Kadang kadang mulut bole melepaskan dengan kata kata . Tapi hati hanya mampu berkata tanpa sampai ke mulut untuk meluahkan segala rasa yang terpendam . Mungkin ketika itu ingin menjaga hati ramai pihak . Tapi seandainya bisa kau berenang ke lubuk yang dalam itu , pastinya kau mengerti dan tahu seribu rahsia yang tersembunyi didalamnya .

Senyuman . Senyuman masih mampu dipamerkan pada orang sekelilingnya kerana tidak mahu ada yang tahu bahawa dia sedang bersedih . Dan pada malamnya , air jernih mula menemani tidurnya dan berharap agar permulaannya pada hari esok akan terus mengukir senyuman dan senyuman itu merupakan satu senyuman yang paling ikhlas .

Lots of Love ,
Amalina Mihat .

Thank you for reading BABE :D