Wahai hati , ku mohon kau bersabar . Ku mohon kau semakin tabah . Kini aku perlu lebihkan diri aku dari yang lain . Aku mohon kekuatan .
Duhai teman ,
Aku mintak maaf kerana wujudnya perasaan ini terhadapmu tanpa berkurang sedikit pun .
Jujur ku akui ianya terlalu pedih untukku hadapi segalanya .
Tetapi aku pasrah dan redha atas segala surantanNya buatku .
Mungkin aku perlu mencuba untuk menjadi seperti biasa dan aku perlukan masa .
Aku mohon kau mengerti .
Bukan untuk kau bersimpati .
Biarkan aku sendiri yang mencuba berdiri sendiri dikala tersungkur sebegini .
Biarkan aku mencari kekuatan untuk bangkit walaupun terlalu perit .
Teman ,
Beringatlah apa yang telah ku katakan ,
Seandainya itu rahsia tetap menjadi rahsia ,
Tetapi jika ianya melibatkan perasaanseseorang ,
Ada baiknya kau berlaku jujur ,
Biar ia terasa sakit pada awalnya dan bukan setelah sekian lama .
Teman ,
Kenangan bersamamu akan ku simpan rapat dalam diriku ,
Ianya menjadi kenangan yang paling manis buatku ,
Tetapi dalam kemanisan terselit secebis kekecewaan ,
Akan ku cuba sedaya upaya ku untuk ada disisimu disaat kau memerlukan ,
Aku mohon , kau jaga hubunganmu sebaik mungkin ,
dan akanku doakan buat kalian .
Tentang perasaan ini , usah kau pedulikkan ,
Biarkan ianya mati sendiri .
Teman ,
Akhir sekali cukup engkau tau ,
Apa yang terjadi antara kita ini sudah tertulis ,
Dan apa yang aku lakukan buatmu ,
Adalah dari hatiku yang ikhlas ,
Akanku cuba tunaikan permintaanmu .
Sincerely ,
Amalina Mihat .




