Open house bersama keluarga Casa .

Assalamualaikum ,

Hubungan yang rapat menjadikan kami berasa bahawa kami adalah satu keluarga disini . Serba sedikit ada rasa gembira dan seronok bila bersama mereka . Dan kadangnya gelak sehingga tidak hiraukan keadaan sekeliling . Pelbagai karenah dan ragam yang pelbagai rupa . Dan kerana itulah jua hubungan kami bertambah akrab .

Pada tarikh 31 Ogos 2012 dimana jatuhnya Hari Kemerdekaan , mereka telah bercadang untuk membuat sedikit jamuan kecil-kecilan untuk kami sekeluarga . Segala perancangan dan segalanya berlaku dengan jayanya . Bermacam-macam keadaan yang berlaku dalam satu masa .

Dengan satu kuali mereka perlu masak untuk bermacam jenis lauk . Memang tiada kesempatan masa . Dengan belapar perut menunggu masakan semua dimasak , kesemua mereka sangat lapar dan sementara menunggu juga ada yang bermain macam-macam permainan . Sangat menyeronokkan . Mungkin melalui gambar dapat bayangkan bagaimana keadaan kami pada ketika itu dan bagaimana perasaan kami bila lauk tak cukup :D

Let's Check it out ! :D















Cukuplah setakat ini saja yang aku coretkan buat cerita ini . Aku doakan agar pertalian persahabatan kita ini akan kekal selamanya . InsyaAllah , Amiin :)

Lots of Love ,
Amalina Mihat .

Thank you for reading BABE :D